Selasa, 26 Januari 2016

Pemahaman Petikan Umum

1. Soalan 2(a), Kertas 2 (1103/2) SPM

2. Soalan diambil daripada petikan soalan rumusan.

3. Markah yang diperuntukkan ialah 9 markah.

4. Perincian markah untuk bahagian  ini ialah:

Soalan (i) - berdasarkan pemahaman teks yang lazimnya meminta calon-calon memberikan definisi rangkai kata. 2 markah diperuntukkan

soalan (ii) - berdasarkan pemahaman teks. Biasanya jawapan ada dalam petikan.3 markah diperuntukkan.
ikirSoalan (iii) - berdasarkan kemahiran berfikir. 4 markah diperuntukkan.

Perkara yang diambil kira untuk  pemarkahan ialah jumlah isi.


Isnin, 25 Januari 2016

Penanda Wacana

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat.
Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan
1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan
1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh
1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

Ahad, 10 Januari 2016

Strategi Menjawab Soalan Karangan Umum

1. Memilih dan Menganalisis Soalan
a. Baca dan fahami semua soalan yang dikemukakan
b. Pilih soalan yang suai dengan pengetahuan dan kemampuan anda untuk mengembangkan isi
c. Pastikan anda ,mengetahui format dan bentuk karangan yang dipilih
d. Kenal pasti kehendak soalan seperti Kata Kunci, Skop dan Tema

2. Menulis Karangan
a. Sediakan rangka karangan secara kasar
b. Pastikan ada 3 komponen utama, iaitu:
i. Pendahuluan - 1 perenggan
ii. Isi - 5 perenggan
iii. Penutup - 1 perenggan
c. Sediakan contoh dan huraian yang sesuai
d. Setiap perenggan mesti mengandungi

  ISI = ISI UTAMA + HURAIAN  +  CONTOH  +  KESIMPULAN


Karangan Umum

1. Calon diminta menulis karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

2. Senanyak 5 soalan dikemukakan dan calon dikehendaki menjawa 1 soalan sahaja.

3. Terdapat 5 dimensi karangan:
a. Diri - karangan pengalaman sendiri
b. Keluarga - karangan berdasarkan isu-isu kekeluargaan
c. Masyarakat/Negara - karangan berdasarkan isu-isu kemasyarakatan dan nasional
d. Antarabangsa - karangan berdasarkan isu-isu yang membabitkan Malaysia dengan dunia luar
e. Kesusasteraan - karangan berdasarkan elemen sastera dan isu-isu yang berkaitan

Isnin, 8 Julai 2013