Selasa, 10 Mac 2009

Pendahuluan Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

1. Calon dikehendaki menulis ayat yang mengandungi pengenalan atau definisi tajuk atau bahan yang diberi.

2. Huraian atau contoh yang diberi akan menggambarkan pemahaman calon terhadap tema atau bahan rangsangan tersebut.


Contoh Pendahuluan 1


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mencegah gejala buli di sekolah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.

Gejala Buli Di Sekolah












Gejala buli melibatkan perbuatan mengasari seseorang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan. Seseorang yang lemah akan mematuhi arahan dan menghormati mereka yang dianggapnya kuat. Buli boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu buli dari segi fizikal dan buli dari segi mental.


Contoh Pendahuluan 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan pembakaran terbuka. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.

Pembakaran Terbuka












Pembakaran terbuka merupakan pembakaran sampah sarap, belukar, hutan atau sisa-sisa pertanian di kawasan lapang secara terbuka. Kegiatan ini biasanya dilakukan selepas penebangan hutan, penuaian padi dan pembuangan sampah di kawasan yang tidak diwartakan. Pembakaran terbuka ini boleh merosakkan alam sekitar dan menyebabkan pencemaran udara yang berleluasa.

2 ulasan:

  1. erm awak ada rangsangan tentang "cara-cara untuk melanjutkan pelajaran ke universiti"?? panjang huraian tidak boleh melebihi 120 patah perkataan.

    BalasPadam
  2. saya nak minta contoh karangan bahan rangsangan tentang tajuk "bukti perasaan sayang akan negara dalam kalangan rakyat.awak boleh tolong tak".

    BalasPadam