Selasa, 27 Julai 2010

Menukar Cakap Pindah Kepada Cakap Ajuk

Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara:
(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...").
(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.
1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka" menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".
2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog.
3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya.
4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".
5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang".
6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".
7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.
8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.
9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.

Soalan Latihan

Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.

Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.


Jawapan


"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.
"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.
"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

22 ulasan:

  1. "Saya tidak bersetuju kerja di sini," kata Siva.
    "Ayah tahu, tapi kenapa kau tidak minta dia orang carikan kerja yang sesuai dengan kelulusan kau," balas kau.
    "Kalau kau dah kerja dengan kerajaan macam tulah, ayah. kita perlu menjadi manusia patuh. taat pada arahan ketua," kata Siva dengan muka sedih.
    "Masalahnya sekarng Kuala Lumpur itu bukannya dekat dengan kampung kita."
    "Macam man kau nak tinggal seorang diri?" kata ayahnya lagi sambil menggulung rokok daunnya.

    BalasPadam
  2. tolong bagi jawapan untuk cakap ajuk diatas.

    BalasPadam
  3. mohon copy utk pelajar sy,terima kasih

    BalasPadam
  4. sy mohon copy untuk rujukan pelajar saya

    BalasPadam
  5. Emak menasihati afiq agar belajar Rajin rajin supaya masa depan nya cerah

    BalasPadam
  6. Aina bertanya kepada Linda mengapakah dia berjalan ulang-alik di dalam kelas mereka.Linda memberitahu bahawa dia sedang mencari wangnya yang tercicir dan dia yakin bahawa wang itu tercicir di dalam kelas. Aina meminta penjelasan sama ada wang Linda yang tercicir itu banyak. Linda menyatakan bahawa wang yang tercicir itu sebanyak RM 130.00 dan akan digunakan untuk membayar yuran peperiksaan SPM. Aina ingin akan kepastian sama ada Linda benar-benar yakin bahawa wang itu tercicir di dalam kelas. Linda menyatakan bahawa wang itu memang tercicir di dalam kelas kerana dia tidak kemana-mana sejak masuk ke kelas pagi tadi. Aina mencadangkan supaya mereka bertanya kepada kawan-kawan sama ada menjumpai wang itu atau tidak. Linda bersetuju dengan cadangan kawannya itu dan mengucapkan terima kasih kerana mencuba membantunya untuk mendapatkan wang itu semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "kenapa kamu ulang alik di dalam kelas"tanya aina kepada linda.
      "duit saya tercicir dan saya yakin duit itu tercicir di dalam kelas"balas linda.
      "duit kamu yang tercicir itu banyak"tanya aina.
      "duit yang tercicir itu jumlahnya RM130.00 untuk membayar yuran peperiksaan spm"jelas linda.
      "kamu betul-betul yakin yang duit kamu tu tercicir di dalam kelas ini"tanya aina.
      "saya yakin duit saya tercicir di dalam ke las kerana saya tidak keluar kemana-mana sejak masuk ke kelas pagi tadi"jelas linda.
      "cuba kamu tanya kawan-kawan sama ada terjumpa wang itu atau tidak"balas aina.
      "saya setuju dengan rancangan kamu dan terima kasih kerana telah membantu saya untuk mendapatkan wang itu semula"ucap linda.

      Padam
  7. Gotong royong ini perlu diadakan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk kata cikgu farid kepada murid murid

    BalasPadam
  8. Cikgu memberitahu bahawa gotong royong ini perlu diadakan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk

    BalasPadam
  9. Vivian menyatakan dia mempunyai banyak masa lapang semasa cuti sekolah

    BalasPadam
  10. Mahani memberitahu bahawa dia amat meminati bidang kedoktoran untuk dijadikan sebagai kerjayanya

    Tolong bagi cara nak tukar kepada cakap ajuk....

    BalasPadam
  11. Aina meminta penjelasan sama ada wang Linda yang tercicir itu banyak.

    BalasPadam
  12. Jason mengajak Helmi berjumpa dengan Cikgu Muthu untuk mengambil barang penyertaan bagi menyertai acara Jam Kayuh yang akan diadakan pada minggu hadapan.

    BalasPadam
  13. Puan Rozita menyuruh Fatin membancuh air teh di dapur untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka.

    BalasPadam
  14. Bagus tapi jangan letak warna biru sebab susah nak nampak... Tapi terbaik la.

    BalasPadam
  15. Terbaik tapi ubah la warna biru ke hitam sebab susah nak nampak... Tapi memang terbaik

    BalasPadam
  16. Dia bertanya kepada jurujualbuku, "Berapakah harga buku ini?"

    BalasPadam
  17. minta copy untuk pelajar saya, terima kasih.

    BalasPadam

  18. Ibu menyuruh Atirah mengambilkan segelas air untuk datuknya. Atirah mematuhi arahan ibunya. Datuk mengucapkan terima kasih kepada cucunya, Atirah. Atirah menghargai ucapan datuknya dan berjanji untuk membawa datuknya berjalan-jalan di Langkawi. Datuk Atirah bersetuju tetapi mahu berehat dahulu kerana berasa penat setelah berada di dalam kapal terbang sebelum itu. Atirah bersetuju dan ingin menolong membawakan beg datuknya ke bilik.

    BalasPadam