Sabtu, 9 Julai 2011

Bidalan

1. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat dan memberi pengajaran.

2. Biasanya bidalan membawa maksud selapis sahaja.

Bidalan

Maksud

Sediakan payung sebelum hujan

Hendaklah beringat sebelum mendapat kesusahan

Membuang garam ke laut

Membuat kerja yang sia-sia

Melepaskan batuk di tangga

Melakukan kerja dengan sambil lewa

Pepatah

1. Pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata untuk penegasan.

2. Pepatah digunakan untuk menyatakan pengajaran, penegasan dan panduan hidup.

3. Pepatah juga digunakan untuk mematahkan hujah atau menyindir seseorang.

Contoh

Pepatah

Maksud

Cubit paha kanan, paha kiri terasa

Jika seseorang mengata keburukan ahli keluarga kita, kita juga berasa marah

Enggang sama engggang, pipit sama pipit

Bercampur gaul dengan orang yang sama taraf

Carik carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Pergaduhan antara adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya berbaik semula

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Kita hendaklah mematuhi adat dan peraturan tempat kita tinggal