1. kata majmuk ialah dua tau lebih kata dasar yang digabungkan untuk membentuk satu perkataan baru.
2. Kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu:
a. Rangkai kata bebas. Contohnya gambar rajah, alat tulis dan biru laut
b.Istilah khusus: Contohnya hak milik, pita suara, segi tiga
c. Kiasan. Contohnya kaki ayam, buah hati , bulan maduan
3. Bagi kata majmuk yang telah mantap, perkataan-perkataan tersebut dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, setiausaha, tandatangan.
4. Apabila kata-kata majmuk menerima imbuhan awalan dan akhiran. sahaja, perkataan-perkataan itu hendaklah dieja terpisah. Contohnya bercampur aduk, mengambil alih.
5. Sebaliknya apabila kata majmuk menerima imbuhan awalan dan akhiran, kata majmuk tersebut dieja bercantum. Contohnya mencampuradukkan, diurusniagakan.