Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Menengah Atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5) (blog ini masih dalam peringkat pembinaan, komen yang relevan sangat diperlukan)
Isnin, 8 Julai 2013
Jumaat, 5 Julai 2013
Perbezaan Ayat dasar dengan Ayat Tunggal
Perbezaan
antara Ayat Dasar dengan Ayat Tunggal
Ayat
Dasar
|
Ayat
Tunggal
|
1.
Semua Ayat
Dasar boleh menjadi Ayat Tunggal.
2.
Terdiri
daripada Ayat Penyata dan/atau Ayat Aktif.
Contoh:
·
Gajah itu
mengamuk
3.
Subjek
mendahului predikat (tidak boleh disongsangkan)
|
1.
Tidak semua
Ayat Tunggal boleh menjadi Ayat Dasar.
2.
Terdiri
daripada Ayat Penyata dan ayat-ayat jenis lain seperti Ayat Tanya, Ayat
Perintah atau Ayat Seruan.
Contoh:
·
Erwan amat
rajin (A.Penyata)
·
Amboi, rajinya
Erwan (A.Seruan)
·
Adakah Erwan
rajin? (A. Tanya)
3.
Boleh
disongsangkan
Contoh:
·
Dia amat bijak
·
Amat bijak dia
|
Khamis, 4 Julai 2013
Ayat Dasar Bahasa Melayu
1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi
dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis
ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa
pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.
3. Daripada pola itulah terbit ayat yang
lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang,
ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
4. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.
i. Frasa Nama + Frasa Nama
FN FN
Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
FN FK
Contoh: Aniza(FN) membaca buku (FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
FN FK
Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
FN FS
Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)
Ahad, 9 Jun 2013
Kata Majmuk
1. kata majmuk ialah dua tau lebih kata dasar yang digabungkan untuk membentuk satu perkataan baru.
2. Kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu:
a. Rangkai kata bebas. Contohnya gambar rajah, alat tulis dan biru laut
b.Istilah khusus: Contohnya hak milik, pita suara, segi tiga
c. Kiasan. Contohnya kaki ayam, buah hati , bulan maduan
3. Bagi kata majmuk yang telah mantap, perkataan-perkataan tersebut dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, setiausaha, tandatangan.
4. Apabila kata-kata majmuk menerima imbuhan awalan dan akhiran. sahaja, perkataan-perkataan itu hendaklah dieja terpisah. Contohnya bercampur aduk, mengambil alih.
5. Sebaliknya apabila kata majmuk menerima imbuhan awalan dan akhiran, kata majmuk tersebut dieja bercantum. Contohnya mencampuradukkan, diurusniagakan.

Langgan:
Catatan (Atom)