Ahad, 30 Julai 2023

DIFTONG

 Terjadi apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. 

 
Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. 
 
Sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih lantang (kuat) berbanding bunyi yang kedua.

Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu;
  1. ai
  2. au
  3. oi
Secara lebih terperinci, diftong ialah:
  1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.  
  2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 
  3.  Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 
  4. Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi. 
  5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi. 

Contoh perkataan diftong


ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai

au - harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau, pau, aurat, saudara

oi - sekoi, koboi, kaloi, amboi, dodoi, boikot, konvoi


Ahad, 16 Julai 2023

KATA GANDA

 

  • Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
  • Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
  • Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 
    • Kata ganda seluruh
      • Kata ganda separa
      • Kata ganda berentak/berima
      • Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH/PENUH
  • Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
  • Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 
KATA NAMA
KATA KERJA
KATA ADJEKTIF
Buku-buku
Pusing-pusing
Cantik-cantik
Murid-murid
Geleng-geleng
Panjang-panjang
Meja-meja
Gelak-gelak
Merah-merah

  • Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN
MAKNA JAMAK
MAKNA TUNGGAL
Api-api
Banyaknya api
Sejenis serangga
Kuda-kuda
Banyaknya kuda
Kayu penyangga
Anak-anak
Banyaknya anak
mainan

KATA GANDA SEPARA
  • Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.  Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :

KATA DASAR
KATA GANDA
KATA GANDA SEPARA
Layang
Layang-layang
Lelayang
Kuda
Kuda-kuda
Kekuda
Tupai
Tupai-tupai
Tetupai
Siku
Siku-siku
Sesiku
Bola
Bola-bola
Bebola
Jari
Jari-jari
Jejari
Langit
Langit-langit
Lelangit

  • Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
  • Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
  • Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

Bukit- bukau di negara kita masih luas dan menghijau.
JENIS KATA GANDA
CONTOH
CONTOH AYAT
Persamaan bunyi di hujung
Kuih-muih, lauk-pauk
Kuih-muih itu terhidang di atas meja
Persamaan bunyi di pangkal
Batu-batan, bukit-bukau
Bukit-bukau di negara kita masih luas dan menghijau.
Persesuaian bunyi keseluruhan
Kusut-masai, simpang-siur
Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN
  • Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.  Contoh :

IMBUHAN
CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
Awalan
Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Apitan
Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Sisipan
Tulang-temulang,turun-temurun, gilap-gemilap
Akhiran
Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan